As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!
Apabila "follower" di klik , "Pintu Profile" akan ditunjukkan ia akan menunjukkan link ke Profile Blog dan Link yang dikongsikan. Anda boleh meletakkan link blog di ruangan "link". Kegagalan blogger dalam meletakan link akan menyebabkan blog yang anda follow tidak dapat follow blog anda pula.
Contoh link yang perlu anda sertakan |
N3 kali ini adalah tutorial bagaimana para blogger hendak meletakkan link di "Kotak Pengikut" atau "Follower". Bukan apa...masih ada follower yang follow saya tanpa meletakkan link di kotak follower. Tak dapat nak pastikan kenapa.....mungkinkah anda sengaja tidak meletakkan link? Hehehe....
Maaf yer....tak dapatlah saya nak follow balik kerana tak ada link untuk saya follow. Jika anda berhasrat untuk meletakkan link, bolehlah cuba tutorial yang saya tunjukkan ini.
1. Pertama sekali anda hendaklah follow blog yang anda suka dengan klik di label yang ditunjukkan dalam laman di bawah.
2. Setelah anda selesai follow, akan muncul paparan yang mempunyai seperti yang dilabelkan pada paparan kedua.
3. klik pada label yang ditunjukkan kemudian akan muncul paparan di bawah dan klik pada "setting" seperti yang dilabelkan.
4. Setelah muncul paparan di bawah, anda klik pada "add link" seperti yang dilabelkan.
5. Setelah muncul paparan dibawah, anda bolehlah masukkan link URL dan Nama Blog anda di ruang yang dilabelkan.
6. Akhir sekali jangan lupa untuk klik "done" pada label yang ditunjukkan di bawah.
P/S: Anda boleh klik pada gambar yang paparkan untuk pembesaran.
Selamat Mencuba!
13 comments:
Alhamdulillah... Dengan penjelasan Cikgu Tie ,saya dah boleh buat Link di Blog saya.. Kawan pun dah mula boleh follow saya.Pulak tu saya pulak jadi Cikgu ajar kawan lain lain.. haaahahahh tak rugi menuntut ilmu..
Mohd Nizam....
Tak rugi juga kita berkongsi ilmu.
blog yang berinfomatif...;)
blog yang sangat kreatif!penuh dengan informasi.Syabas cikgu Yati.
Info yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu kami yang baru belajar..tkasih cikgu...
Info yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu kami yang baru belajar..T.Kasih cikgu...
Info yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu kami yang masih belajar.T.Kasih cikgu...
Bila saya tengok blog cikgu tie ni mula-mula dulu dalam hati berkata cikgu tie memang hebat dalam ict.... apa-apa pun banyak maklumat yang dapat diambik daripada cikgu tie antara yang saya dah ambik ialah animasi di sebelah kanan ni... tq
Fatimah...
Terima kasih yer! Datanglah selalu ke blog ni....
Hairnaney.....
Biasa ajer, blog Nani lagi best saya tengok.
Jalina....
Satu perkongsian yang baik. saya ikhlas berkongsi.
Abd Karim....
Apa gunanya ilmu kalau tidak beramal kan! Saya bersyukur kerana info dlm blog ni dapat membantu rakan seperjuangan. Saya bukanlah mahir sangat...sikit-sikit tu bolehlah.
Post a Comment