BLOG YANG TELAH BERJAYA DIBINA |
Entry ni dibuat untuk memberi sedikit panduan bagi membantu rakan-rakan untuk memiliki sebuah blog. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang langkah-langkah untuk membina blog, anda bolehlah mengikuti langkah-langkah yang terdapat di bawah. Klik pada gambar yang dipaparkan untuk pembesaran gambar!
Langkah 1
Klik pada ”Menu Gmail”
Langkah 2
Buka laman “Google Account”.
Langkah 3
Isi maklumat yang diperlukan. Anda tidak akan menghadapi masalah seandainya maklumat diisikan dengan betul.
Langkah 4
Setelah siap email, kembali semula ke internet explorer dan taipkan alamat httt://www.blogger.com pada address bar dan enter.
Langkah 5
Sign in masuk menggunakan email yang anda buat tadi.
Langkah 6
Taipkan nama anda yang akan dipaparkan di blog anda serta lain-lain maklumat.
Langkah 7
Akaun anda telah berjaya di daftarkan.Klik pada ikon “create your blogger now “
Langkah 8
Namakan tajuk blog anda(boleh diubah).Tulis URL (alamat) blog anda.
Pastikan anda ingat URL yang anda tulis.
Langkah 9
Pilih template (blog yang dah siap) untuk blog anda. Template ini boleh diubah-ubah
mengikut kegemaran anda.
Langkah 10
Tahniah! Blog anda sudah siap.Klik pada start blogging.
Langkah 11
Blog anda telah tersedia. Anda boleh post tulisan anda.Sebelum tu klik pada menu design untuk menambah atau mengubah elemen dalam blog anda.
Langkah 12
Anda boleh ubah layout, tambah wiget, dan macam-macam lagi.Setelah puas hati, anda “save” dan boleh mula “blogging.”
P/S: Semoga panduan yang diberikan ini dapat memberi peluang untuk anda menjadi seorang blogger.
Selamat Mencuba!
3 comments:
caranya sangatlah mudah dan anda mesti mencubanya. Kata orang belum cuba belum tahu dan tak kenal maka tak cinta.
Betul la Cikgu Tie.. Sebenarnya saya pun tak tau nak bina blog sebelum ni.. tetapi apabila ikut langkah yang Cikgu Tie bagi di atas maka terbinalah blog saya...thanks Cikgu Tie..
Mohd Nizam....
Tahniah kerana dah berjaya membina blog. Selamat bertemu di dunia blog.
Post a Comment