As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!
Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT
dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah
merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu
sendiri. Penggunaan ICT mestilah dilihat sebagai satu
tambahan kepada alat Pengajaran dan Pembelajaran atau
Teknologi Pengajaran yang berkesan.
Penggunaan ICT juga mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam komuniksai visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media secara manual dalam Pendidikan Seni Visual.
Pendekatan ICT yang terbaik apabila ICT digunakan secara
bijak dan terancang mampu meningkatkan proses
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual. Persoalan seperti kenapa, perisian apa dan bila
ICT perlu digunakan mestilah sesuai dengan keperluan
sesuatu topik pengajaran Pendidian Seni Visual supaya
dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan
memuaskan.
P/S: Untuk mengetahui lebih lanjut, anda bolehlah klik pada sumber di ==>di sini

