Followers

Wednesday, 15 June 2011

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!


Tahukah anda bahawa permintaan untuk mendapatkan maklumat dengan segera dan pantas telah merubah senario pendidikan dan pengajaran sekarang. Pengajaran dan pembelajaran cara konvensional hanya terhad di dalam kelas dan tidak mampu melepasi sempadan geografi sesebuah negara. Untuk memastikan sistem pendidikan negara terus menepati aspresiasi masyarakat, maka satu pendekatan dan kaedah baru yang bersifat global harus diteroka.


Oleh yang demikian, satu kaedah baru dibentuk agar penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan pantas, tepat, murah, meluas dan sekata. Ini amat penting dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat berkembang luas seiring dengan teknologi maklumat yang begitu pesat membangun. 


Dengan perkembangan teknologi maklumat inilah, kita tidak dapat lari dari menggunakan komputer. Hal ini kerana, komputer merupakan alat termaju masa kini yang berupaya mendapat dan bertukar-tukar maklumat tanpa mengira sempadan dan masa.


P/S: Jika inginkan pengetahuan yang lebih tentang perkara ini, anda boleh klik ==> Sumber di sini.

2 comments:

Abd. Karim said...

Pertama sekali nak ucap tahniah kerana berjaya menghasilkan blog yang sangat menarik. Tidak dapat dinafikan mengajar menggunakan ict dalam mata pelajaran bahasa malaysia dapat menimbulkan minat di kalangan murid. Walau bagaimanapun tak semua guru dapat berbuat demikian kerana kurang kemahiran ditambah pula dengan prasarana yang kurang mencukupi.

Roshida Ismail said...

Tahniah kepada rakan saya Cg. Nor Hayati kerana telah menghasilkan blog yang menarik, dan menjadi sumber pembelajaran kepada saya dan rakan-rakan lain untuk menghasilan blog sendiri. Artikel ini sangat berguna untuk dijadikan panduan khususnya kepada guru-guru Bahasa Melayu untuk diaplikasikan dalam proses p&p.

Popular Posts