Followers

Thursday 29 September 2011

Permohonan Belajar


Permohonan Atas Talian (Online) Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012



Tahun 6 atau Darjah 6 yang akan menduduki UPSR 2011 dan berminat untuk memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pada tahun 2012 adalah dipelawa untuk membuat permohonan secara online sekarang. Ketika ini terdapat 57 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 1.

Aliran SBP
Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua aliran Sekolah Berasrama Penuh iatu Aliran Sains dan Aliran Agama. Ketika ini terdapat 43 buah SBP aliran Sains dan 14 buah SBP aliran Agama di seluruh negara. 

Pakej Mata Pelajaran
Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut; 

Sains : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/ Moral, Bahasa Antarabangsa (Arab/ Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin) 

Agama : Bahasa Melayu, English, Science, Mathematics, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam/Moral, Bahasa Arab (Komunikasi), Bahasa Antarabangsa (Jepun/ Jerman/ Perancis/ Mandarin) 

Permohonan SBP Tingkatan 1 2012
Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2012 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di portal permohonan atas talian yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. 

Pemohon dikehendaki mencetak Borang Permohonan ini sebanyak DUA salinan. 
Salinan pertama perlu dihantar kepada Guru Besar sekolah asal pemohon. 
Salinan kedua dihantar kepada Pengetua Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang dipilih. 
Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh Pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pemilihan oleh pengetua lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Tarikh Tutup
Permohonan untuk ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini akan ditutup pada 15 Oktober 2011.

Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2012 ini dijangka akan diumumkan pada penghujung bulan Disember 2011. 

Maklumat
Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 1 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut. 
Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan. 

Sebarang pertanyaan boleh juga diajukan kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan atau telefon 03 8321 7400 atau faks 03 8321 7403/ 7402. 

Pertanyaan boleh juga dibuat di Talian Khidmat Pelanggan KPM di 03 7723 7070 atau emel kpkpm@moe.gov.my 
Soalan Lazim Berkaitan Permohonan ke SBP
Berikut adalah soalan-soalan lazim mengenai permohonan ke SBP yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pelajaran Malaysia : 

Apakah kriteria pemilihan murid ke SBP? 
Pemilihan murid SBP adalah berasaskan kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu murid mestilah warganegara Malaysia, murid daripada Sekolah Kebangsaan sahaja, memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) dan aktif dalam kegiatan kokurikulum. Pemilihan juga berasaskan kepada pendapatan seisi keluarga dan diberikan keutamaan kepada murid luar bandar berbanding murid bandar dengan nisbah 70% : 30%.

Bila keputusan pemilihan murid tingkatan satu ke SBP akan diumumkan? 
Keputusan ke SBP akan diumumkan dalam tempoh 45 hari bekerja selepas tarikh UPSR diumumkan dan keputusan akan dimaklumkan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysiahttp://www.moe.gov.my.

Bagaimana untuk membuat rayuan, sekiranya gagal atau tidak pernah memohon secara online? 
Rayuan boleh dibuat secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my dalam e-rayuan. Sekiranya murid tidak memohon secara online sebelum ini, mereka juga perlu membuat rayuan secara online.

Bagaimana sekiranya ibubapa/penjaga ingin menyerahkan surat/dokumen mengenai permohonan ke SBP? 
Surat/ dokumen boleh diserahkan ke Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster dan surat/dokumen itu akan dicop terima. Seterusnya surat/dokumen tersebut diserahkan kepada pengarah untuk diminitkan kepada sektor yang berkenaan.

Mengapa anak saya tidak dipanggil untuk proses temuduga di SBP? 
Pemilihan ke SBP melibatkan dua cara iaitu 20% murid akan dipilih oleh pengetua SBP dan 80% murid akan dipilih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Walau bagaimanapun semua cara pemilihan masih tertakluk kepada syarat dan kriteria yang ditetapkan.

Pemilihan oleh pengetua pula lebih kepada memilih murid yang mempunyai bakat dalam bidang tertentu yang sesuai dengan kebitaraan (niche area) sekolah tersebut. Sekiranya anak tuan tidak dipanggil untuk temuduga, murid tersebut masih berpeluang ke SBP berdasarkan pemilihan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sebanyak 80% tanpa temuduga.

Friday 23 September 2011

Tutorial buat butang "reply comment"

As salam buat pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!


Anda mungkin berminat untuk membuat butang reply comment untuk memudahkan anda meletakkan link sahabat/pembaca yang datang komen pada entry blog anda?!!!!


Jika anda berminat sila klik panduannya di sini


P/S: Semoga anda berjaya!

Wednesday 13 July 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGAWAI

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!


Hari ini semua warga SKJP sedang menikmati cuti sempena Hari Anugerah Cemerlang SK Jalan Pegawai  2011 yang diadakan kemarin. Alhamdulillah....majlis dapat dijalankan dengan lancar  dan meriah walaupun pada hari tersebut ramai guru yang terlibat dengan kursus dan tidak dapat menghadirkan diri.


Di sini disertakan galeri foto suasana dan aturcara perjalanan hari tersebut .












Sunday 10 July 2011

Panduan Untuk Menjadi Guru Berkesan

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!

Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.

Apa yang menjadi persoalannya ialah bagaimana hendak menjadi guru yang berkesan dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah, untuk menjadi guru yang berkesan.....guru tersebut hendaklah mempunyai 17 ciri seperti yang dinyatakan ini iaitu:
  • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
  • Kaya ilmu.
  • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
  • Bermoral teguh.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
  • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
  • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
  • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
  • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
  • Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
  • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
  • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
  • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
  • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
  • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
  • Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?

P/S: Sebagai seorang guru, seharusnya kita bersama berusaha untuk memiliki ciri-ciri tersebut demi meningkatkan diri menjadi guru yang berkesan dalam merealisasikan pendidikan cemerlang dan unggul dimata dunia.

sumber-->Di sini

Friday 8 July 2011

Aktiviti Panitia Bahasa Melayu Sk Jalan Pegawai 2011

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!


Bermula dengan awal tahun 2011 hingga ke hari ini beberapa aktiviti yang melibatkan panitia telah dijalankan.
Di sini disertakan  Galeri Foto Aktiviti Panitia Bahasa Melayu yang telah dijalankan bermula awal tahun hingga ke hari ini.  

Galeri Foto Minggu Bahasa Melayu
 Syair Peringkat Sekolah (Johan)
Bercerita Tahap 1
Bercerita Tahap 2
Acara Pertunjuk Fesyen Tradisional Melayu
Murid asyik menyaksikan acara yang dijalankan 
P/S: Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan 
pada hari kemuncak dan hadiah disampaikan 
oleh Datin Hj Rusna Binti Abdullah@Long 
yang merupakan Guru Besar Sk.  Jalan Pegawai 
dan diiringi oleh Ketua Panitia Bahasa Melayu 
Johan Acara Pakaian Tradisional Melayu
Johan Bercerita Tahap 1 Peringkat Sekolah
 Johan Bercerita Tahap 2 Peringkat Sekolah
Johan Syair Peringkat Sekolah
Naib Johan Bercerita Tahap 1 Peringkat Sekolah
Johan Pidato Peringkat Sekolah
Ketua Panita Menyampaikan Cenderamata kepada Guru Besar SK Jalan Pegawai
sebagai penghargaan di atas kesudian untuk menyampaikan hadiah kepada pada pemenang Minggu Bahasa Melayu Sk. Jalan Pegawai.

Galeri Foto Karnival Bahasa Melayu 
Peringkat PKG Telok Kechai Bertempat Di SK. Mergong


Guru Pengiring Karnival Bahasa Melayu 
SK Jalan Pegawai => Johan Bercerita Tahap 2
Peringkat PKG Telok Kechai
SK Jalan Pegawai => Johan Syair
 Peringkat PKG Telok Kechai
SK Jalan Pegawai => Naib Johan Pidato
 Peringkat PKG Telok Kechai
Para Pemenang Acara Pertandingan Bahasa Melayu
 Peringkat PKG Telok Kechai
P/S: Sk Jalan Pegawai berjaya meraih kemenangan bagi tiga  acara iaitu Johan Bercerita Tahap 2, Naib Johan Pidato dan Johan Syair. Justeru melayakkan Sk Jalan Pegawai menjadi Juara Keseluruhan Peringkat PKG dan seterusnya berpeluang untuk bertanding 3 acara ke Peringkat Daerah.


Galeri Foto Karnival Bahasa Melayu 
Peringkat Daerah Bertempat Di Sk. Kebun Pinang

SK Jalan Pegawai => Johan Pidato
 Peringkat Daerah
SK Jalan Pegawai => Johan Sajak
 Peringkat Daerah
SK Jalan Pegawai => Sijil Penyertaan Bercerita Tahap 2
 Peringkat Daerah
Gambar Kenangan Peserta
Sk Jalan Pegawai
 Peringkat Daerah

Monday 27 June 2011

Internet Dalam Pendidikan Matematik

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!

Sesetengah pihak mungkin tidak begitu memahami apakah yang boleh dibuat oleh seorang pendidik dalam  internet. Internet telah digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga amat sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara seorang guru dengan guru yang lain, guru dengan murid, guru dengan ibubapa atau murid dengan murid yang lain. Antara bahan berunsurkan pendidikan yang boleh diperolehi daripada internet ialah projek-projek yang telah dijalankan oleh pendidik berasaskan internet, rancangan pengajaran dan pembelajaran, bahan maklumat yang menarik dan terkini, bahan bacaan dan kemahiran berbahasa, perkongsian maklumat , saluran komunikasi dan sejarah tentang matematik.


P/S: Untuk anda lebih mengetahui tentangnya.......
Sila klik ==> Di sini

Sunday 19 June 2011

Cara Meletakkan Link Di Kotak Pengikut Atau Follower

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!

Apabila "follower" di klik , "Pintu Profile" akan ditunjukkan ia akan menunjukkan link ke Profile Blog dan Link yang dikongsikan. Anda boleh meletakkan link blog di ruangan "link". Kegagalan blogger dalam meletakan link akan menyebabkan blog yang anda follow tidak dapat follow blog anda pula.

Contoh link yang perlu anda sertakan

N3 kali ini adalah tutorial bagaimana para blogger hendak meletakkan link di "Kotak Pengikut" atau "Follower". Bukan apa...masih ada follower yang follow saya tanpa meletakkan link di kotak follower. Tak dapat nak pastikan kenapa.....mungkinkah anda sengaja tidak meletakkan link? Hehehe....
Maaf yer....tak dapatlah saya nak follow balik kerana tak ada link untuk saya follow. Jika anda berhasrat untuk meletakkan link, bolehlah cuba tutorial yang saya tunjukkan ini. 

1. Pertama sekali anda hendaklah follow blog yang anda suka dengan klik di label yang ditunjukkan dalam laman di bawah.


2. Setelah anda selesai follow, akan muncul paparan yang mempunyai seperti yang dilabelkan pada paparan kedua.


3. klik pada label yang ditunjukkan kemudian akan muncul paparan di bawah dan klik pada "setting" seperti yang dilabelkan.


4. Setelah muncul paparan di bawah, anda klik pada "add link" seperti yang dilabelkan.


5. Setelah muncul paparan dibawah, anda bolehlah masukkan link URL dan Nama Blog anda di ruang yang dilabelkan.


6. Akhir sekali jangan lupa untuk klik "done" pada label yang ditunjukkan di bawah.


P/S: Anda boleh klik pada gambar yang paparkan untuk pembesaran.
Selamat Mencuba!

ICT Dalam Pendidikan Seni Visual





As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!



Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT
dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah
merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu
sendiri. Penggunaan ICT mestilah dilihat sebagai satu
tambahan kepada alat Pengajaran dan Pembelajaran atau
Teknologi Pengajaran yang berkesan.

Penggunaan ICT juga mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam komuniksai visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media secara manual dalam Pendidikan Seni Visual.

Pendekatan ICT yang terbaik apabila ICT digunakan secara
bijak dan terancang mampu meningkatkan proses
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual. Persoalan seperti kenapa, perisian apa dan bila
ICT perlu digunakan mestilah sesuai dengan keperluan
sesuatu topik pengajaran Pendidian Seni Visual supaya
dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan
memuaskan.

P/S: Untuk mengetahui lebih lanjut, anda bolehlah klik pada sumber di ==>di sini



Wednesday 15 June 2011

Multimedia & ICT in English Language Education




The aim of this paper is to view language literacy within the technological environment provided by CALL. It brings out the difference between standardized classroom practice and individual learning through information technology to point out the possible positive and negative aspects of CALL. The paper also discussed about the change role of teacher student from different perspective as good instruction enhance students’ new knowledge and allow them to practice it. However ongoing evaluation has proved it to be highly effective in terms of improved learning course management general perception of educational potential of multimedia.

 P/S: If you want to know, please click ==> here

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!


Tahukah anda bahawa permintaan untuk mendapatkan maklumat dengan segera dan pantas telah merubah senario pendidikan dan pengajaran sekarang. Pengajaran dan pembelajaran cara konvensional hanya terhad di dalam kelas dan tidak mampu melepasi sempadan geografi sesebuah negara. Untuk memastikan sistem pendidikan negara terus menepati aspresiasi masyarakat, maka satu pendekatan dan kaedah baru yang bersifat global harus diteroka.


Oleh yang demikian, satu kaedah baru dibentuk agar penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan pantas, tepat, murah, meluas dan sekata. Ini amat penting dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat berkembang luas seiring dengan teknologi maklumat yang begitu pesat membangun. 


Dengan perkembangan teknologi maklumat inilah, kita tidak dapat lari dari menggunakan komputer. Hal ini kerana, komputer merupakan alat termaju masa kini yang berupaya mendapat dan bertukar-tukar maklumat tanpa mengira sempadan dan masa.


P/S: Jika inginkan pengetahuan yang lebih tentang perkara ini, anda boleh klik ==> Sumber di sini.

Cara Untuk Menukar Warna Link Blog Kepada Warna Biru


As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!

Baru-baru ini ada rakan yang meminta saya membantu untuk menukar link blog kepada warna biru seperti yang dikehendaki oleh Encik Hasnan. Namun baru hari inilah saya berkesempatan untuk mengadakan N3 ini sebagai panduan anda. Diharapkan  panduan ini sedikit sebanyak dapat memenuhi permintaan anda.

Kepada Cikgu Zam dan Cikgu Suraya  N3 ini khas untuk memenuhi permintaan anda semoga ianya  dapat membantu untuk membuat perubahan warna link di blog masing-masing.

Langkah-langkah yang perlu anda buat ialah:

1. Klik pada ==> design seperti yang dilabelkan dan anda akan berjumpa dengan laman ke dua seperti yang  dipaparkan.


2. Setelah muncul halaman kedua anda perlu klik pada ==>Template Designer.


3. Selepas itu laman di bawah akan muncul, anda hendaklah klik pada ==> Advance seperti yang dilabelkan.


4. Anda akan bertemu dengan laman di bawah, kemudian anda klik pula pada==> link seperti yang dilabelkan.


5. Setelah muncul laman di bawah, anda bolehlah membuat pilihan ==> warna biru yang diperlukan.


6. Akhir sekali jangan lupa untuk klik ==>APPLY TO BLOG


P/S: Selamat Mencuba !

Monday 13 June 2011

Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!

Anda perlu tahu bahawa dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati :
  • pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
  • Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan
  • Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara
  • Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Untuk lebih mengetahui betapa hebatnya Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik anda bolehlah 
Klik Sumber==>di sini
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Popular Posts