Followers

Monday, 27 June 2011

Internet Dalam Pendidikan Matematik

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!

Sesetengah pihak mungkin tidak begitu memahami apakah yang boleh dibuat oleh seorang pendidik dalam  internet. Internet telah digunakan sebagai sumber untuk mendapatkan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga amat sesuai digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara seorang guru dengan guru yang lain, guru dengan murid, guru dengan ibubapa atau murid dengan murid yang lain. Antara bahan berunsurkan pendidikan yang boleh diperolehi daripada internet ialah projek-projek yang telah dijalankan oleh pendidik berasaskan internet, rancangan pengajaran dan pembelajaran, bahan maklumat yang menarik dan terkini, bahan bacaan dan kemahiran berbahasa, perkongsian maklumat , saluran komunikasi dan sejarah tentang matematik.


P/S: Untuk anda lebih mengetahui tentangnya.......
Sila klik ==> Di sini

Sunday, 19 June 2011

Cara Meletakkan Link Di Kotak Pengikut Atau Follower

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!

Apabila "follower" di klik , "Pintu Profile" akan ditunjukkan ia akan menunjukkan link ke Profile Blog dan Link yang dikongsikan. Anda boleh meletakkan link blog di ruangan "link". Kegagalan blogger dalam meletakan link akan menyebabkan blog yang anda follow tidak dapat follow blog anda pula.

Contoh link yang perlu anda sertakan

N3 kali ini adalah tutorial bagaimana para blogger hendak meletakkan link di "Kotak Pengikut" atau "Follower". Bukan apa...masih ada follower yang follow saya tanpa meletakkan link di kotak follower. Tak dapat nak pastikan kenapa.....mungkinkah anda sengaja tidak meletakkan link? Hehehe....
Maaf yer....tak dapatlah saya nak follow balik kerana tak ada link untuk saya follow. Jika anda berhasrat untuk meletakkan link, bolehlah cuba tutorial yang saya tunjukkan ini. 

1. Pertama sekali anda hendaklah follow blog yang anda suka dengan klik di label yang ditunjukkan dalam laman di bawah.


2. Setelah anda selesai follow, akan muncul paparan yang mempunyai seperti yang dilabelkan pada paparan kedua.


3. klik pada label yang ditunjukkan kemudian akan muncul paparan di bawah dan klik pada "setting" seperti yang dilabelkan.


4. Setelah muncul paparan di bawah, anda klik pada "add link" seperti yang dilabelkan.


5. Setelah muncul paparan dibawah, anda bolehlah masukkan link URL dan Nama Blog anda di ruang yang dilabelkan.


6. Akhir sekali jangan lupa untuk klik "done" pada label yang ditunjukkan di bawah.


P/S: Anda boleh klik pada gambar yang paparkan untuk pembesaran.
Selamat Mencuba!

ICT Dalam Pendidikan Seni Visual





As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!



Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT
dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah
merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu
sendiri. Penggunaan ICT mestilah dilihat sebagai satu
tambahan kepada alat Pengajaran dan Pembelajaran atau
Teknologi Pengajaran yang berkesan.

Penggunaan ICT juga mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam komuniksai visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media secara manual dalam Pendidikan Seni Visual.

Pendekatan ICT yang terbaik apabila ICT digunakan secara
bijak dan terancang mampu meningkatkan proses
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual. Persoalan seperti kenapa, perisian apa dan bila
ICT perlu digunakan mestilah sesuai dengan keperluan
sesuatu topik pengajaran Pendidian Seni Visual supaya
dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan
memuaskan.

P/S: Untuk mengetahui lebih lanjut, anda bolehlah klik pada sumber di ==>di sini



Wednesday, 15 June 2011

Multimedia & ICT in English Language Education




The aim of this paper is to view language literacy within the technological environment provided by CALL. It brings out the difference between standardized classroom practice and individual learning through information technology to point out the possible positive and negative aspects of CALL. The paper also discussed about the change role of teacher student from different perspective as good instruction enhance students’ new knowledge and allow them to practice it. However ongoing evaluation has proved it to be highly effective in terms of improved learning course management general perception of educational potential of multimedia.

 P/S: If you want to know, please click ==> here

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!


Tahukah anda bahawa permintaan untuk mendapatkan maklumat dengan segera dan pantas telah merubah senario pendidikan dan pengajaran sekarang. Pengajaran dan pembelajaran cara konvensional hanya terhad di dalam kelas dan tidak mampu melepasi sempadan geografi sesebuah negara. Untuk memastikan sistem pendidikan negara terus menepati aspresiasi masyarakat, maka satu pendekatan dan kaedah baru yang bersifat global harus diteroka.


Oleh yang demikian, satu kaedah baru dibentuk agar penyebaran maklumat dapat dilakukan dengan pantas, tepat, murah, meluas dan sekata. Ini amat penting dilakukan agar pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dapat berkembang luas seiring dengan teknologi maklumat yang begitu pesat membangun. 


Dengan perkembangan teknologi maklumat inilah, kita tidak dapat lari dari menggunakan komputer. Hal ini kerana, komputer merupakan alat termaju masa kini yang berupaya mendapat dan bertukar-tukar maklumat tanpa mengira sempadan dan masa.


P/S: Jika inginkan pengetahuan yang lebih tentang perkara ini, anda boleh klik ==> Sumber di sini.

Cara Untuk Menukar Warna Link Blog Kepada Warna Biru


As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!

Baru-baru ini ada rakan yang meminta saya membantu untuk menukar link blog kepada warna biru seperti yang dikehendaki oleh Encik Hasnan. Namun baru hari inilah saya berkesempatan untuk mengadakan N3 ini sebagai panduan anda. Diharapkan  panduan ini sedikit sebanyak dapat memenuhi permintaan anda.

Kepada Cikgu Zam dan Cikgu Suraya  N3 ini khas untuk memenuhi permintaan anda semoga ianya  dapat membantu untuk membuat perubahan warna link di blog masing-masing.

Langkah-langkah yang perlu anda buat ialah:

1. Klik pada ==> design seperti yang dilabelkan dan anda akan berjumpa dengan laman ke dua seperti yang  dipaparkan.


2. Setelah muncul halaman kedua anda perlu klik pada ==>Template Designer.


3. Selepas itu laman di bawah akan muncul, anda hendaklah klik pada ==> Advance seperti yang dilabelkan.


4. Anda akan bertemu dengan laman di bawah, kemudian anda klik pula pada==> link seperti yang dilabelkan.


5. Setelah muncul laman di bawah, anda bolehlah membuat pilihan ==> warna biru yang diperlukan.


6. Akhir sekali jangan lupa untuk klik ==>APPLY TO BLOG


P/S: Selamat Mencuba !

Monday, 13 June 2011

Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!

Anda perlu tahu bahawa dalam beberapa kajian yang telah dijalankan (Funkhouser, 1993; Henderson and Landersman, 1992, Chazan, 1988; McCoy, 1991; Al Ghamdi, 1987) didapati :
  • pelajar yang menggunakan komputer dalam matematik mempunyai sikap yang lebih positif terhadap dirinya sebagai ahli matematik dan berkeupayaan menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
  • Perisian komputer yang digunakan dalam proses pengajaran akan dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip matematik dengan mudah dan berkesan
  • Pencapaian pelajar dalam peperiksaan akhir menunjukkan peningkatan yang ketara
  • Kumpulan yang belajar berbantukan komputer mempunyai kemampuan mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lebih lama dan dapat menggunakannya dalam bidang-bidang lain.
Untuk lebih mengetahui betapa hebatnya Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik anda bolehlah 
Klik Sumber==>di sini

Sunday, 12 June 2011

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM MENGAJAR SAINS DI SEKOLAH RENDAH

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!

Hari nie Cikgu Tie nak berkongsi artikel tentang Penggunaan Teknologi Dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang artikel, sila klik==> di sini


P/S: Dapatan kajian menunjukkan penggunaan perisian pendidikan Sains dalam kalangan guru-guru Sains sekolah rendah masih lagi ditahap sederhana. Walaupun mereka berpendapat bahawa penggunaan perisian pendidikan Sains ini dapat membantu melicinkan lagi proses P&P mereka namun mereka seolah-olah kurang percaya dengan kemampuan perisian pendidikan Sains tersebut dengan kurangnya penggunaannya di dalam kelas.


Saturday, 11 June 2011

Cara mengaktifkan link di ruang komen.

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!


CONTOH URL BLOG YANG PERLU DIAKTIFKAN

CONTOH URL ARTIKEL YANG PERLU DIAKTIFKAN

N3 ini saya buat untuk berkongsi ilmu dan memberi info tentang cara mengaktifkan link di ruang komen. Ini memandangkan ramai yang masih tidak berjaya untuk mengaktifkan link di dalam ruangan komen dan sebagai untuk menyahut cadangan Encik Hasnan untuk meminta saya memberi panduan dalam N3nya, ==>Klik Di Sini.
Caranya mudah dan saya harap selepas membaca N3 ini anda dapat mengaktifkan link anda pada ruangan komen PPD di myCLASS_012.


Anda hanya perlu taipkan==> <a href=letakkan link anda di sini>taip nama link di sini</a>


contoh=> <a href=http://tie4848.blogspot.com/>Bersama Dunia Teknologi</a>


Sila klik hasilnya ==>Bersama Dunia Teknologi


P/S: Jangan lupa tukar kepada link anda sendiri kerana takut nanti link anda datang ke Blog Bersama Teknologi pulak.
 Selamat mencuba!

Thursday, 9 June 2011

Langkah-langkah Membina Blog

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!
BLOG YANG TELAH BERJAYA DIBINA

Entry ni dibuat untuk memberi sedikit panduan bagi membantu rakan-rakan untuk memiliki sebuah blog. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang langkah-langkah untuk membina blog, anda bolehlah mengikuti langkah-langkah yang terdapat di bawah. Klik pada gambar yang dipaparkan untuk pembesaran gambar!


Langkah 1
Klik pada ”Menu Gmail”



Langkah 2
Buka laman “Google Account”.



Langkah 3
Isi maklumat yang diperlukan. Anda tidak akan menghadapi masalah seandainya maklumat diisikan dengan betul.



Langkah 4
Setelah siap email, kembali semula ke internet explorer dan taipkan alamat httt://www.blogger.com pada address bar dan enter.



Langkah 5
Sign in masuk menggunakan email yang anda buat tadi.



Langkah 6
Taipkan nama anda yang akan dipaparkan di blog anda serta lain-lain maklumat.



Langkah 7
Akaun anda telah berjaya di daftarkan.Klik pada ikon “create your blogger now “



Langkah 8
Namakan tajuk blog anda(boleh diubah).Tulis URL (alamat) blog anda.
Pastikan anda ingat URL yang anda tulis.



Langkah 9
Pilih template (blog yang dah siap) untuk blog anda. Template ini boleh diubah-ubah 
mengikut kegemaran anda.



Langkah 10
Tahniah! Blog anda sudah siap.Klik pada start blogging.



Langkah 11
Blog anda telah tersedia. Anda boleh post tulisan anda.Sebelum tu klik pada menu design untuk menambah atau mengubah elemen dalam blog anda.



Langkah 12
Anda boleh ubah layout, tambah wiget, dan macam-macam lagi.Setelah puas hati, anda “save” dan boleh mula “blogging.”





P/S: Semoga panduan yang diberikan ini dapat memberi peluang untuk anda menjadi seorang blogger.

Selamat Mencuba!

Saturday, 4 June 2011

The Application of Information and Communication Technology in Malay Language Teaching



Click here===>The Application of Information and Communication Technology in Malay Language Teaching: Teachers’ Perspectives
P/S: Malay language is now facing a challenging era, especially in terms of public’s awareness towards its importance in teaching. Nevertheless, teaching aspect has to be given attention by underlining the mastery of language skills that are taught. The use of computer in Malay language teaching is able to increase students’ ability to master Malay language better. Therefore, aspects such as in-service training, preparation of interactive learning materials, encouraging the use of internet in teaching as well as preparing suitable technology with current situation are required to be given attention.

Thursday, 2 June 2011

Assalamualaikum!


P/S: Blog ini dibina khusus untuk menyempurnakan tugasan subjek Teknologi
 yang merupakan salah satu subjek  yang perlu ambil 
dalam kursus PPG di UUM .
Semoga blog 'Bersama Dunia Teknologi' ini mampu menjadi sebuah 
blog perkongsian ilmu yang dapat dimanfaatkan bersama. 
Terima kasih kepada Encik Hasnan b. Hassan
 yang merupakan pensyarah yang banyak membantu 
dan tak lupa juga kepada rakan-rakan
 yang sudi follow blog ini. 

Popular Posts