As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!
Penggunaan Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT
dalam Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual adalah
merentas kandungan kurikulum Pendidikan Seni Visual itu
sendiri. Penggunaan ICT mestilah dilihat sebagai satu
tambahan kepada alat Pengajaran dan Pembelajaran atau
Teknologi Pengajaran yang berkesan.
Penggunaan ICT juga mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah dan juga kerja seni digital bermutu dalam komuniksai visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media secara manual dalam Pendidikan Seni Visual.
Pendekatan ICT yang terbaik apabila ICT digunakan secara
bijak dan terancang mampu meningkatkan proses
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Seni Visual. Persoalan seperti kenapa, perisian apa dan bila
ICT perlu digunakan mestilah sesuai dengan keperluan
sesuatu topik pengajaran Pendidian Seni Visual supaya
dapat membuahkan hasil kerja seni yang dinamik dan
memuaskan.
P/S: Untuk mengetahui lebih lanjut, anda bolehlah klik pada sumber di ==>di sini
9 comments:
bermaklumat
wow cantiknya blog cikgu....banyak ilmu yang baru
wow cantiknya blog cikgu..banyak maklumat
saya suka kalau ict digunakan dalam subjek2 yg jarang org guna
Proses P&P subjek PSV akan lebih menarik dan dapat memupuk minat murid sekiranya guru bijak menggunakan ICT dalam aktiviti yang dijalankan. Tahniah kepada Cg.Nor Hayati kerana berjaya memuatkan artikel ini.
Norliza.....
Thanks...
Foziah...
sekadar satu perkongsian.
Muhammad Sobri...
Satu idea yang baik. saya setuju.
Roshida...
Saya juga sependapat dengan awak.
Post a Comment