Followers

Sunday 10 July 2011

Panduan Untuk Menjadi Guru Berkesan

As salam pembaca blog Bersama Dunia Teknologi!

Kejayaan dan kecemerlangan sekolah terletak pada keberkesanan seluruh sistem, nilai, kepercayaan, iklim, semangat dan budaya yang diamal dan dipamerkan setiap waktu oleh setiap orang pelajar, guru, kakitangan bukan guru dan juga pentadbir dan pengurus kurikulum sesebuah sekolah itu. Pihak yang amat besar kesan dan pengaruhnya terhadap kemajuan dan kecemerlangan ini tidak lain tidak bukan ialah guru-guru sendiri.

Apa yang menjadi persoalannya ialah bagaimana hendak menjadi guru yang berkesan dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Menurut Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah, untuk menjadi guru yang berkesan.....guru tersebut hendaklah mempunyai 17 ciri seperti yang dinyatakan ini iaitu:
  • Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
  • Kaya ilmu.
  • Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
  • Bermoral teguh.
  • Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
  • Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
  • Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
  • Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
  • Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
  • Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
  • Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
  • Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
  • Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
  • Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
  • Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
  • Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.
Kenyataannya adakah semua ciri tersebut telah kita miliki? Atau sekurang-kurangnya sebahagian besarnya telah kita amalkan dalam diri peribadi mahu pun dalam organisasi? Tetapi yang nyata masih ramai atau sebahagian besar dari kita amat kurang memiliki ciri-ciri tersebut. Jadi bagaimana kita hendak melahirkan pengajaran dan pembelajaran yan berkesan dan seterusnya sekolah berwatak dan sekaligus pendidikan cemerlang?

P/S: Sebagai seorang guru, seharusnya kita bersama berusaha untuk memiliki ciri-ciri tersebut demi meningkatkan diri menjadi guru yang berkesan dalam merealisasikan pendidikan cemerlang dan unggul dimata dunia.

sumber-->Di sini

13 comments:

Roshida Ismail said...

Artikel ini sangat berguna khasnya untuk guru-guru, kerana ia merupakan garis panduan bagaimana untuk menjadikan diri kita seorang guru yang cemerlang dan berdedikasi terhadap tugas yang diamanahkan. Guru adalah "role model" untuk melahirkan modal insan yang seimbang dari aspek JERI, yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

norimah said...

harap-harap kita ada ciri-ciri tersebut dan terus berusaha untuk melengkapkan ciri-ciri tersebut.

norimah said...

harap-harap kita mempunyai ciri-ciri tersebut dan sentiasa berusaha untuk memenuhi ciri-ciri tersebut.

Raani Mat Desa said...

menjadi guru berkesan dapat menjana murid yang cemerlang.insya-allah.

rozaidi said...

harap kita mempunyai ciri-ciri tersebut. Amin

rozaidi said...

harap kita mempunyai ciri-ciri tersebut. Amin

Norliza Abdullah (210059) said...

memang benar..guru yg berkesan memberi impak besar dlm dunia pendidikan..

Nor Hayati Nor Aziz said...

Roshida Ismail....
Semoga kita berjaya menjadi guru yang berjaya di dunia dan akhirat. Insyaallah.....

Nor Hayati Nor Aziz said...

norimah.....
bestnya kalau kita mampu memilikinya kan!

Nor Hayati Nor Aziz said...

Raani Mat Desa.....
Mudahan kita berjaya menjadi guru yang berkesan.

Nor Hayati Nor Aziz said...

Rozaidi.....
Amin....semoga kita salah seorang yang tergolong drpdnya.

Lutfi Bihar said...

Print pelekat atas buku rekod... kekekeke...

Cikgu Tie said...

Lufti....
Lekat kat dinding lagi best.hehehe...

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Popular Posts